KEK PISANG
▼
Saturday, June 25, 2016
SEMPERIT
SEMPERIT
sumber : FB : Ola Lola...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega (jenama Anchor bagus effectnya putih)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat (sebaiknya guna jenama SAJI kerana tidak mengandungi gula, bila makan tidak keras)
400 gm tepung jagung (1 paket)
1/4 cawan tepung kastad jenama Bird Custard (ianya putih & tidak kuning)
1 tutup botol esen vanilla (anggaran 1 sudu teh)
Cara-Cara :
Gunakan spatula atau senduk kayu, kacau mentega, susu pekat, gula dan esen vanilla. Sekadar sebati sahaja dan jangan terlalu lama. Kesemua tepung diayak bersama dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kalau lembik sangat tambahkan sedikit lagi tepung jagung, jangan lebihkan susu pekat nanti keras bila sudah siap dibakar. Kalau adunan keras pula tambahkan sedikit lagi mentega sampai boleh dan senang dibentuk. Uli sampai tidak melekat di tangan. Terap menggunakan acuan pecah 10 (plastik) dan untuk daun gunakan pecah 9/10/12 atau 15. Untuk bunganya ikut pilihan, sama sahaja.
Panaskan oven pada suhu 150'C 15 minit awal, dan bakar selama 25 minit diletakkan di rak tengah.
Info : Semasa picit adunan untuk bunga, lenggok-lenggokkan & kira sampai 3 kali. (Saya guna acuan dahlia bergigi untuk daun dan pecah 10 untuk bunga.
Cantiknya biskut samprit Zara... Macam-macam colour ada.
ReplyDeleteTerima kasih Fadzillah June..
ReplyDeleteTerima kasih Fadzillah June..
ReplyDelete