KEK PISANG
▼
Friday, June 3, 2016
SWEET SOUR TELUR PUYUH
SWEET SOUR TELUR PUYUH
Bahan-Bahan :
15 biji telur puyuh - direbus, kupas kulit & digoreng sedikit agar sedikit berkulit
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji lada benggala - dihiris memanjang
1 biji tomato - dipotong kiub
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
Sedikit hirisan daun bawang
Air secukupnya (jika perlu)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk :
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk sehingga berbau wangi.
2. Masukkan kesemua bahan sos, tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air secukupnya dan kacau rata.
4. Masukkan bawang besar dan lada benggala. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan telur puyuh yang digoreng tadi, tomato dan kacau rata. Biarkan seketika dan tutup api.
7. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment