KEK PISANG
▼
Saturday, June 25, 2016
TART NENAS KERANG
TART NENAS KERANG
sumber : FB : MAHN@ Jamayah Yahod...
Bahan A : (76 pcs)
150 gm mentega
100 gm marjerin
50 gm gula aising
50 gm susu tepung
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur gred B
Bahan B :
350 gm tepung gandum (tepung nanti boleh di ubahsuai supaya mendapat doh yang lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya
Bahan Sapuan :
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair
beberapa titis pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Sebatikan mentega, marjerin, gula dan telur dengan menggunakan senduk kayu kemudian campurkan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali inti nenas.
2. Uli adunan sehingga menjadi adunan doh yang tidak melekat di tangan, pastikan adunan doh lembut supaya mudah untuk proses menekan doh di dalam acuan.
3. Setelah siap di uli perapkan adunan doh sekejap supaya bahan-bahan lebih sebati dan mesra.
4. Ambil sedikit adunan doh, masukkan ke dalam acuan tart kerang. Masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit adunan doh lagi. Kemaskan.
5. Kemudian tekan acuan tart kerang untuk mengeluarkan tart tadi. Susunkan di dalam dulang pembakar.
6. Oles bahagian atas tart kerang dengan bahan sapuan kuning telur. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga kelihatan masak dan kekuningan...
INFO : Buat seperti buah melaka dan masuk ke dalam acuan tart kerang, kemaskan & tekan untuk keluarkan ia dari acuan..
wow..cantik sesangat bentuk ni. kat mana la nak cari acuan ni?
ReplyDeleteboleh didapati di BAGUS bakery..
ReplyDeleteBrp harga acuan tart nenas ni..kdai BAGUS BAKERY kat mana??
ReplyDelete