KEK PISANG
▼
Sunday, July 10, 2016
AYAM GORENG KUNYIT
AYAM GORENG KUNYIT
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - buang kulit, potong kecil-kecil, cuci bersih & toskan
10 tangkai kacang panjang - potong pendek
2 biji tomato - potong kecil atau belah 4
1 labu bawang besar - hiris bulat & leraikan
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Tumis : (Dihiris)
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
Cara Memasak :
1. Ayam dibuangkan kulitnya dan potong kecil-kecil. Basuh dan toskan kering.
2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis yang dihiris tadi.
4. Goreng sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing. Masukkan sedikit air jika perlu atau inginkan sedikit berkuah.
5. Masukkan bawang besar dan tomato, kacau rata. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment