KEK PISANG
▼
Thursday, July 14, 2016
KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT
KEK GULA HANGUS @
KEK SARANG SEMUT
sumber : FB : Azlina Ina...
Bahan-Bahan :
1 cawan gula pasir atau gula kastor
1 cawan air panas
125 gm mentega - cairkan
3 biji telur gred A/B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum - di ayak
Cara Membuat :
1. Mula-mula cairkan gula di dalam kuali sehingga bertukar warna keperangan. Kemudian masukkan 1 cawan air panas, biarkan mendidih 2-3 minit baru dikacau. Ketepikan biar sejuk.
2. Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisk tangan sehingga sebati sekadar pecah kuning telur perlahan-lahan, pastikan tidak berbuih kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat manis, kacau sebati. Masukkan sedikit esen vanilla (1/2 sudu teh), kacau rata dan sebati.
3. Kemudian masukkan mentega yang dicairkan tadi, kacau sebati.
4. OK ini bab penting!! Masukkan 1 sudu makan soda bikarbonat di dalam penapis dan tapiskan ke dalam adunan tadi, kacau rata.
5. Diikuti dengan 1 cawan tepung (diayak) ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau. Tidak apa jika ada ketul-ketul tepung. (Tidak perlu menggunakan baking powder).
6. Tapiskan air gula yang dihanguskan/karamel tadi ke dalam adunan. Whisk perlahan-lahan sehingga sebati dan tiada kelihatan tepung berketul/berbintil. (Tapis jika perlu). Perapkan adunan ini selama 1 jam.
7. Sediakan loyang 6 inci/5 inci sebab adunan ini sedikit. Loyang di alas dengan kertas minyak memandangkan kek ini bila siap dibakar ianya melekat.
8. Bakar selama 20 minit api bawah pada suhu 150'C. Kemudian buka api atas bawah dan teruskan membakar selama 20-25 minit pada suhu 160'C - 170'C atau sehingga masak sempurna. (Oven hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan kek)...
sedapnyer..
ReplyDeleteAs salam nak tanya..Kalau perap dari sejam still menjadi tak kek tu,
ReplyDeleteAtty
Ranau sabah