KEK PISANG
▼
Saturday, July 2, 2016
MEE GORENG
MEE GORENG MUDAH
Bahan-Bahan :
1 paket mee kuning - dicelur seketika & ditoskan
8 ekor udang - dikupas & tinggalkan bahagian ekornya
4 ekor sotong - dipotong-potong ikut suka
3 biji bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan cili kisar
4 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 pokok sayur sawi
2 keping tauhu - dipotong kiub & digoreng
1 biji cili merah - hiris
3 biji telur - dipukul ringan
Sedikit tauge
Sedikit air jika perlu
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasaknya :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga wangi. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau dengan api yang sederhana sehingga garing.
2. Masukkan sotong dan udang. Kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air dan air tepung jagung.
3. Selepas itu masukkan kicap pekat dan sos tiram, kacau rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan mee kuning, tauge, sayur sawi dan masak selama seminit atau sehingga sayur sawi layu.
5. Kemudian tolakkan mee ke tepi dan curahkan telur. Biarkan telur sedikit keras barulah digaul sebati. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah (jika suka) dan tauhu goreng, gaul sebati.
6. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment