KEK PISANG
▼
Wednesday, July 13, 2016
SAMBAL TERUNG BERLADA
SAMBAL TERUNG BERLADA
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
3 biji terung ungu - dibelah, hiris & rendam seketika dalam air untuk mengelakkan lebam
1 keping tauhu - digoreng & potong kiub
1 biji tomato - dibelah 6
1 sudu makan cili kisar - boleh ditambah jika suka pedas
Garam & gula secukupnya
Sedikit air - jika perlu
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Bahan Tumbuk Kasar/Halus :
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu makan ikan bilis - rendam hingga lembut & toskan
Cara Memasak :
1. Goreng terung sehingga masak dan ketepikan dulu.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan tauhu yang digoreng tadi, tomato dan biarkan sehingga tomato sedikit layu.
4. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan terung yang digoreng tadi, gaul sebati dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment