KEK PISANG
▼
Friday, August 19, 2016
ASPARAGUS SOS TIRAM
ASPARAGUS SOS TIRAM
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
10 ekor udang saiz sederhana - kupas kulit, tinggalkan bahagian ekor, cuci & toskan
1/4 batang lobak merah - hiris nipis
4 biji cili padi merah - di titik
4 biji cili padi hijau - di titik
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang putih - di titik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
Cara Memasak :
Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil 1 batang asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambil bahagian lembut. Kemudian letakkan bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut. Kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang diingini.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah sehingga berbau harum. Masukkan sos tiram dan udang, kacau rata. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus dan lobak merah, kacau dan tambahkan secubit gula dan sos ikan secukup rasa. Masak sehingga asparagus dan lobak merah lembut tetapi masih rangup. Sesuaikan rasa dan tutup api.
Hidangkan panas bersama nasi putih...
No comments:
Post a Comment