KEK PISANG
▼
Monday, August 1, 2016
KACANG PANJANG GORENG
KACANG PANJANG GORENG
BERSAMA TEMPE
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ikat kacang panjang - cuci, potong serong atau ikut citarasa
1 pekat tempe - potong kiub & goreng
3 sudu besar minyak masak
Sedikit sos tiram
Sedikit air, jika perlu
Garam secukup rasa
Bahan Tumis :
1 tangkai cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Cara Memasak :
1. Kacang panjang dipotong serong atau ikut citarasa.
2. Tempe dipotong kiub dan digoreng hingga kuning keemasan, angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
4. Masukkan sedikit sos tiram, kacang panjang, sedikit air dan garam secukup rasa.
5. Biarkan sayur masak seketika. Sesuaikan rasanya.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang digoreng tadi, kacau sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment