KEK PISANG
▼
Wednesday, August 24, 2016
KEK SPAN PANDAN SANTAN
KEK SPAN PANDAN SANTAN
sumber : FB @ Mas Cotek ; (sedap & gebus)...
Bahan A :
5 biji putih telur (saya guna gred B)
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (jik tiada boleh gantikan dengan 1 sudu besar jus lemon)
** Putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula kastor dan jus lemon/cream of tartar. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
Bahan B :
5 biji kuning telur
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek@tepung superfine
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan santan kotak KARA (boleh guna jenama lain)
1 sudu teh perisa pandan@pandan emulco
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
** Pukul sebati bahan B sehingga berkrim
Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 170'C. Lapik dasar loyang bersaiz 8 inci bulat dengan kertas minyak. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B (dalam 3 peringkat), sebatikan dengan spatula. (Untuk membuat corak ... asingkan sedikit adunan anggaran 2 sudu besar, letakkan pewarna bagi terang sedikit warnanya. Titis-titiskan di atas kek dan lorekkan dengan lidi sate).
Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak (api atas bawah) menggunakan kaedah double boiler.
No comments:
Post a Comment