KEK PISANG
▼
Saturday, August 6, 2016
MUFFIN CHOCOCHIPS
MUFFIN CHOCOCHIPS
sumber : Fize's Cooking...
Bahan-Bahan :
200 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
125 gm mentega - dicairkan
50 ml susu cair atau susu segar
2 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu besar esen vanilla
125 gm chocolate chips
20 gm serbuk koko
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C dan sediakan acuan muffin.
2. Cairkan mentega dengan susu cair atau susu segar dan sejukkan.
3. Campurkan dan ayak serbuk koko, tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonate ke dalam mangkuk besar.
4. Pukul telur dan gula menggunakan spatula/whisk sampai gula larut, masukkan esen vanilla. Tuangkan ke dalam bahan kering dan kaupbalik perlahan-lahan.
5. Masukkan pula campuran susu dan mentega serta chocolate chips. Kaupbalik rata dan tuangkan ke dalam acuan muffin.
6. Taburkan sedikit chocolate chips di atas muffin dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
INFO : Jangan terlebih kaupbalik/gaul atau muffin akan menjadi keras selepas siap dibakar. Cukup sekadar kaupbalik saja. Jika adunan nampak berketul sedikit, tidak mengapa. Selepas dibakar, muffin akan naik cantik...
No comments:
Post a Comment