KEK PISANG
▼
Wednesday, August 17, 2016
MUFFIN VANILLA OREO
MUFFIN VANILLA OREO
sumber : Fiza's Cooking ; (yields : 12 pcs)...
Bahan-Bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula kastor
1 sudu besar baking powder
1/3 cawan minyak sayuran/minyak masak
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 bungkus Oreo - dicincang bersama krimnya
1 sudu teh esen vanilla - tambahan (resipi asal tiada)
Chocolate chips secukupnya (tak letak tiada stok)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum bersama baking powder dan kemudian masukkan gula kastor.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan basah iaitu telur, susu segar, minyak dan esen vanilla (jika guna) sehingga sebati.
4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kaupbalikkan sekadar bercampur menggunakan spatula.
5. Masukkan biskut Oreo yang dicincang dan kaupbalik sehingga sekata. Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras selepas dibakar.
6. Seterusnya sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar di dalam oven selama 25-30 minit atau sehingga masak keperangan.
No comments:
Post a Comment