KEK PISANG
▼
Friday, August 5, 2016
SWEEDIH MEATBALL ALA IKEA...
SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Bahan-Bahan :
Meatball jenama pilihan secukupnya - digoreng tanpa minyak dengan api sederhana hingga kekuningan
Kentang KFC - digoreng secukupnya
1 sudu besar jem pilihan - optional
Brokolo celur & hirisan tomato secukupnya
Bahan Untuk Sos :
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar holland - dipotong dadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - dipotong dadu kecil
1 1/2 cawan air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam
1 kiub pati daging 'Maggi' atau jenama pilihan
1 sudu besar gula
Cara Memasak :
1. Cairkan mentega menggunakan api perlahan. Tumiskan bawang sehingga layu dan warna kecoklatan. (Jangan sampai garing sekadar layu sahaja).
2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.
3. Masukkan air, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati daging, gula dan serbuk secukup rasa (jika guna). Kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Hendaklah sentiasa dikacau agar kuah tidak berketul-ketul.
5. Kacau sebati, tutup api, biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sampai halus.
6. Hidangkan bersama meatball, kentang goreng, jem, hirisan tomato dan brokoli celur...
No comments:
Post a Comment