KEK PISANG
▼
Monday, September 26, 2016
AYAM GORENG KACANG BUNCIS
AYAM GORENG KACANG BUNCIS
buku masakan "Ruzita's Kitchen"...
Bahan-Bahan :
300 gm ayam - dipotong kecil
200 gm kacang buncis (saya guna kacang sepat@snow peas)
1/2 kiub pati ayam
1 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - potong bulat
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
2. Bila layu, masukkan ayam.
3. Perlahankan api, tutup kuali sekejap, biarkan ayam empuk.
4. Masukkan kacang buncis, garam, gula secukup rasa, kiub pati ayam dan kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan cili merah.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment