KEK PISANG
▼
Monday, September 26, 2016
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
5 batang sawi kecil
1 peket kecil cendawan tiram (tambahan)
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sawi, cendawan tiram, biarkan layu sekejap.
3. Masukkan sos tiram dan kicap, kacau rata.
4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis dan sesuaikan rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment