KEK PISANG
▼
Sunday, October 2, 2016
KUIH LOPES...
KUIH LOPES
sumber : FB : Resepi Bonda.com...
Bahan-Bahan :
2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam - gaul sebati & kukus selama 5 minit
Cara-Cara :
1. Beras pulut susu direndam selama 1 jam dengan air. Masukkan juga pewarna hijau secukupnya dan air kapur.
2. Kisarkan daun pandan 3-4 helai bersama 1/2 cawan air dan ditapis ambil airnya.
3. Kemudian toskan beras pulut susu dan masukkan ke dalam loyang.
4. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
5. Selepas itu masukkan santan dan air pandan dan kukus lagi selama 30 minit hingga masak sepenuhnya.
6. Masukkan pulut ke dalam acuan yang disukai dan tekankan padat.
7. Kemudian keluarkan dari acuan dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
8. Hidangkan bersama sirap gula melaka...
Bahan Sirap Gula Melaka :
2 keping gula melaka
3 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan sirap ke dalam periuk dan masak hingga gula hancur/larut. Tapiskan. Sedia untuk dihidangkan bersama pulut...
No comments:
Post a Comment