KEK PISANG
▼
Wednesday, October 26, 2016
TELUR MASAM MANIS...
TELUR MASAM MANIS
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
6 biji telur
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana - potong bulat
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang
Minyak secukupnya
Cara Memasak :
1. Telur digoreng mata kerbau hingga masak dan ketepikan di dalam pinggan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
5. Masukkan bawang besar dan cili merah.
6. Akhir sekali tuangkan di atas telur mata kerbau yang siap digoreng tadi.
7. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment