KEK PISANG
▼
Saturday, October 22, 2016
TUMIS SUHUN FUCUK...
TUMIS SUHUN FUCUK
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 pek kecil suhun - direndam
1 keping fucuk - dipatah-patah & direndam
1 biji ubi kentang - dipotong kiub
1 batang saderi - dipotong
1 sudu teh udang kering
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia muda - dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya - untuk taburan
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya, ubi kentang dan biarkan mendidih hingga kentang empuk.
3. Apabila kentang telah empuk, masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula saderi, suhun, fucuk dan cili merah.
5. Selepas dua atau tiga minit, angkat, taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment