KEK PISANG
▼
Tuesday, November 8, 2016
BINGKA KELADI...
BINGKA KELADI
sumber : Azie Kitchen..
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
3 biji telur gred B
3 cawan santan (atau 2 cawan santan kotak + 1 cawan air)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 cawan keladi yang direbus, toskan dan di lecek - (1 cawan guna keladi yang dipotong dadu)
1 sudu teh pewarna ungu
Sedikit bijan - untuk ditabur atas kuih
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C, lapik loyang berukuran 9"x9" persegi dengan aluminium foil dan sapukan sedikit mentega disekeliling loyang, panaskan sebentar. (tak letak foil tapi saya guna aluminium foil bersaiz kecil & acuan kecil yang disapukan dengan sedikit mentega).
2. Masukkan 1 cawan keladi yang direbus ke dalam blender, masukkan sekali telur, gula pasir, garam, mentega, santan dan tepung. Blend kesemuanya.
3. Gaulkan sebati dan masukkan 1 cawan lagi keladi yang direbus dan dipotong dadu untuk mendapatkan tekstur yang kasar. Akhir sekali letakkan pewarna ungu dan gaul lagi hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam tin/loyang yang disediakan tadi. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.
5. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan...
No comments:
Post a Comment