KEK PISANG
▼
Saturday, November 5, 2016
CHOC-CHEESE MUFFINS...
CHOC-CHEESE MUFFINS
sumber : Dapur Tanpa Sempadan...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan : (12 pcs)
140 gm coklat masakan - dipotong kecil
100 gm cream cheese
80 gm mentega
2 biji telur gred A *
1 sudu teh esen vanilla * ( * dicampur & pukul rata dengan garfu )
60 gm gula halus/gula kastor
100 gm tepung gandum *
2 sudu teh baking powder * ( * digaul & diayak )
Sedikit kepingan badam untuk hiasan (optional)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C, alas acuan muffin dengan papercup atau muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega ke dalam bekas tahan panas dan cairkan dengan kaedah "double boiler", kacau hingga kesemuanya cair dan sebati, angkat.
3. Masukkan gula halus/gula kastor dan telur, kacau menggunakan whisk atau senduk kayu atau spatula hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. (Jangan terlebih gaul nanti muffin menjadi keras selepas dibakar). Sudukan adunan muffin ke dalam muffin cup yang disediakan tadi 3/4 penuh, taburkan dengan sedikit kepingan badam.
5. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment