KEK PISANG
▼
Tuesday, November 1, 2016
SPAGHETTI BOLOGNESE MEATBALLS...
SPAGHETTI BOLOGNESE MEATBALLS
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
16 ketul bebola daging (saya guna jenama 'Saudi') atau ikut citarasa
4 sudu makan minyak jagung
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 helai daun bay kering@daun salam
1/2 botol besar sos spaghetti jenama 'Prego' atau ikut pilihan
1 sudu kecil italian mixed herbs (jika suka)
1/2 paket spaghetti Angel Hair atau ikut citarasa
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan periuk, masukkan minyak jagung dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun bay kering@daun salam hingga harum.
2. Masukkan lobak merah, tomato dan cendawan butang, kacau rata dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan sos sphagetti Prego, kacau rata dan masukkan air secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan italian mixed herbs (jika guna), garam secukup rasa dan meatball. Kacau rata hingga sebati dan meatball masak. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.
5. Sementara itu, rebus pasta mengikut arahan yang terdapat di bungkusannya. Masukkan sedikit garam dan minyak. Bila masak, tapiskan airnya. (Jika tidak terus dihidangkan, lalukan dibawah air paip dan masukkan minyak/mentega. Gaul sebati.
6. Cara menghidang : Letakkan pasta secukupnya ke dalam pinggan. Letakkan kuah spaghetti, taburkan sedikit parutan parmesan cheese (jika suka) di atasnya...
No comments:
Post a Comment