KEK PISANG
▼
Friday, November 18, 2016
SUP AYAM...
SUP AYAM
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji ubi kentang - buang kulit & potong dadu
1/2 batang lobak merah - buang kulit & potong dadu
1 biji tomato - belah 6
2 sudu besar rempah sup
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji limau nipis
Daun sup & daun bawang secukupnya - hiris
Garam & gula secukupnya
Bawang goreng untuk taburan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Selepas berbau harum, masukkan bahan kisar, kacau rata seketika.
3. Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih kemudian masukkan ayam.
4. Masukkan rempah sup, ubi kentang dan lobak merah. Perlahankan api, biar mereneh.
5. Bila ayam, ubi kentang, lobak merah empuk, masukkan daun sup dan daun bawang yang dipotong.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa, sesuaikan rasanya.
7. Akhir sekali masukkan tomato dan taburkan dengan sedikit bawang goreng.
8. Bila hendak dihidangkan perahkan limau nipis, jika suka...
No comments:
Post a Comment