KEK PISANG
▼
Monday, December 26, 2016
AYAM THAI KARI HIJAU...
AYAM THAI KARI HIJAU
sumber : Majalah RASA Disember 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
4-5 biji cili padi
2.5 cm halia
3 biji cili hijau
Bahan A :
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan santan
1 biji ubi kentang - dipotong 4 atau 6 (saya tambah & rebus hingga empuk)
Sedikit daun limau purut
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga terbit wangi.
2. Masukkan ayam. Renehkan sebentar. Masukkan bahan A. Masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3. Tabur sedikit hirisan daun limau purut di atasnya sebagai hirisan. Sedia dinikmati.
Info : Boleh juga tabur cili hijau sebagai hiasan. Ubi kentang direbus hingga empuk agar ianya dapat mempercepatkan ketika dimasukkan ke dalam masakan.
No comments:
Post a Comment