KEK PISANG
▼
Tuesday, December 27, 2016
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES...
STRAWBERRY HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan A :
3 biji kuning telur gred A
20 gm gula kastor
35 gm minyak jagung
60 ml susu segar
70 gm tepung kek/tepung gandum
Bahan B :
3 biji putih telur gred A
25 gm gula kastor
secubit garam
Bahan C :
65 gm Dairy Whipping Cream/Non-Dairy Whipping Cream
15 gm gula kastor
45 gm puri strawberi segar
Hiasan : Buah Strawberi segar
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C, sediakan bekas untuk cupcake. Ketepikan. Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor, kacau dengan whisk sehingga sebati dan pucat. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Ayak tepung ke dalam bancuhan dan gaul sehingga rata dan tidak berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
2. Dalam bekas lain yang bersih, putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula kastor (25 gm) dan secubit garam. Putar sehingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaupbalik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
3. Tuangkan ke dalam bekas cupcake sehingga hampir penuh (90%) kemudian bakar selama 25 minit, gunakan rak tengah. Biar kek sejuk dan bolehlah dipaipkan dengan whipping cream. Hiaskan dengan buah strawberi segar. Simpan kek tadi dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
4. Untuk whipping cream : Putar whipping cream dengan gula kastor sehingga kental. Masukkan puri strawberi, gaul rata dan boleh digunakan.
No comments:
Post a Comment