KEK PISANG
▼
Friday, December 2, 2016
KUIH BAHULU...
KUIH BAHULU VERSI PANDAN
CHOCOLATE RICE & PERISA STRAWBERI
sumber 1 : Lina Thomas
sumber 2 : dunia masakan Jalilah JJ
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
6 biji telur gred A atau B (saya guna gred A)
150 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla atau esen rose
200 gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 400'F/200'C (api atas bawah).
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Dalam mixer, putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat sehingga bertukar warna putih, kira-kira dalam 8 minit. Kemudian masukkan esen vanilla dan teruskan putar untuk beberapa minit. Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah di ayak tadi, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Sapu acuan dengan minyak (untuk mencegah kuih bahulu dari melekat) dan kemudian letakkan acuan di dalam oven kira-kira 3-4 minit. Keluarkan acuan dari oven, sudukan adunan ke dalam acuan dan bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
5. Angkat kuih bahulu, keluarkan dari acuan dengan menggunakan lidi sate dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO : Untuk mendapatkan corak pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu letak pandan pes, sedikit pewarna hijau & choc. rice, manakala 1 bahagian lagi letak pewarna merah + strawberi emulco...
No comments:
Post a Comment