KEK PISANG
▼
Monday, December 5, 2016
PUDING...
PUDING ROTI BAKAR &
SOS KASTAD
sumber 1 : hanamemories...
sumber 2 : RASA.my...
Bahan-Bahan :
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan *
4 sudu besar gula halus/gula kastor *
2 biji telur gred A/B *
1 sudu teh esen vaanilla *
1 sudu teh serbuk kayu manis *
2 sudu besar mentega * - dicairkan
3 sudu besar kismis (saya guna kranberi kering - dicincang)
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi untuk sukat)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor/gula pasir
Cara-Cara :
1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*) hingga sebati. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair. Gaulkan sebati. Kemudian tuangkan ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit mentega. Taburkan baki kismis di atas adunan. (boleh guna loyang bersaiz 8 inci persegi).
3. Bakar pada suhu 180'C selama 30-35 minit atau hingga masak sepenuhnya.
4. Untuk membuat kuah @ sos kastad : Campurkan semua bahan sos kastad ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan sos kastad ikut selera masing-masing).
5. Tuangkan ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan bersama sos kastad...
No comments:
Post a Comment