KEK PISANG
▼
Tuesday, December 13, 2016
ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU...
ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU
sumber : SAJI April 2016...
Bahan-Bahan :
5 keping roti
5 ketul sosej ayam
5 keping keju cheddar
4 biji telur - pukul
450 gm serbuk roti - warna oren atau putih
Cara-Cara :
1. Potong tepi roti dan gelek hingga nipis. Kemudian letak sekeping keju bersama sosej ayam.
2. Gulung dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat. Lakukan dengan kemas.
3. Selepas itu celupkan roti sosej dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti. Lakukan ke semua bahan sehingga selesai.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api yang sederhana kecil.
5. Hidangkan dengan sos cili atau sos tomato...
No comments:
Post a Comment