KEK PISANG
▼
Saturday, December 3, 2016
SAMBAL TELUR REBUS...
SAMBAL TELUR REBUS
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
6 biji telur rebus
1 labu bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 cawan cili kisar atau rebus cili kering anggaran 10 tangkai, kisar hingga lumat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 inci nisan keping atau gula melaka
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Memasak :
1. Kisar lumat bahan-bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis, goreng telur rebus biar sedikit perang atau berkerak keliling telur, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan tumiskan hingga pecah minyak.
4. Tambahkan 2-3 sudu besar air dan tumis lagi biar cili masak lama sikit, masukkan nisan/gula melaka, sos tiram, sos cili, gula dan garam.
5. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala, masukkan sedikit air dan masak hingga sambal masak sempurna.
6. Masukkan telur yang digoreng tadi dan sebatikan, tutup api.
7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi lemak, ikan bilis goreng dan timun...
No comments:
Post a Comment