KEK PISANG
▼
Tuesday, December 6, 2016
SAMBAL TUMIS...
SAMBAL TUMIS IKAN TALANG MASIN
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
500 gm isi ikan talang masin - rendam seketika untuk kurangkan masin ikan
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1 tangkai daun kari (optional)
1 sudu teh gula
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa - jika perlu
Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Goreng ikan masin terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato, kacau sebati.
3. Masukkan gula kemudian masak sehingga pecah minyak dan pekat.
4. Masukkan ikan masin yang digoreng tadi, bawang besar dan daun kari, kacau rata. Biarkan sebentar hingga bawang besar sedikit layu dan sambal menjadi kering.
5. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan...
Mmg win nih....nanti nak cuba la..
ReplyDeleteSilakan adda syuhada...
ReplyDelete