KEK PISANG
▼
Thursday, December 8, 2016
TELUR GORENG MASAK KICAP...
TELUR GORENG MASAK KICAP
sumber : Majalah RASA Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
5 biji telur
3 biji cili padi
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun sup - racik (x letak)
3 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 inci kulit kayu manis
1 tangkai daun bawang - racik (x letak)
2 biji cili merah - hiris
50 ml air
Sedikit brokoli - dicelur seketika (tambahan, jika suka)
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak manis bersama kicap masin dan sedikit sos tiram.
3. Masukkan cili padi dan hirisan cili merah, tuangkan sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih.
4. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi berserta sayur brokoli yang dicelur. Angkat dan sedia dinikmati. Taburkan/hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang (jika guna)...
No comments:
Post a Comment