KEK PISANG
▼
Sunday, January 22, 2017
APAM BENGAWAN SOLO...
APAM BENGAWAN SOLO
sumber : sariyusa & paty's kitchen...
Bahan Inti :
130 gm gula merah
30 gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan - disimpul
300 gm kelapa parut putih
1 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut putih dan garam, kacau sebati.
3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan.
Bahan Apam :
500 gm tepung gandum *
2 sudu teh instant yis * (Mauripan)
180 gm gula pasir *
250 ml susu cair *
600 ml air *
1/8 sudu teh garam *
Pewarna pink & pandan emulco
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan bertanda (*) dan gaul rata sehingga sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian.
2. Biarkan satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna pink dan satu lagi pandan emulco serta sedikit pewarna hijau.
3. Perap adunan selama 40 minit hingga naik berganda...
Cara Menyediakan Apam Bengawan Solo :
1. Panaskan air di dalam periuk kukusan. Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata.
2. Masukkan sedikit adunan apam warna putih/asal.
3. Isikan inti kelapa.
4. Tutup dengan adunan apam putih.
5. Masukkan adunan apam berwarna pink dan pandan emulco dan lorekkan.
6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
7. Keluarkan apam dari acuan bila kuih telah sejuk sedikit..
Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
ReplyDeletepba malaysia
fire contractor malaysia
fire detection system malaysia
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeletetechnology financing malaysia
refurbished laptop supplier malaysia
laptop leasing malaysia