KEK PISANG
▼
Sunday, January 22, 2017
AYAM MASAK MERAH...
AYAM MASAK MERAH
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan A :
1 ekor ayam
1 labu bawang besar - potong bulat atau baji
4 biji tomato - potong baji
2 sudu besar sos tomato
Minyak masak secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Bahan B :
15 tangkai cili kering * (rendam hingga lembut & toskan)
2 inci halia *
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar * ( * dikisar )
2 batang serai - dititik
Cara Memasak :
1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan harum.
3. Masukkan ayam goreng, tomato, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati.
4. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai...
No comments:
Post a Comment