KEK PISANG
▼
Monday, January 30, 2017
JEJARI TEMPE...
JEJARI TEMPE GORENG JINTAN
MANIS DAN SOS KARI YOGURT
sumber : Majalah RASA Januari 2016...
Bahan-Bahan :
2 paket tempe - dipotong jejari
1 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos : (tak buat)
100 gm yogurt asli
1 sudu makan serbuk kari ayam
3 sudu makan air panas
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Satukan kesemua bahan kering dan taburkan ke dalam satu dulang kecil.
2. Gaul tempe bersama bahan kering sehingga rata dan perap selama 30-45 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Ketepikan seketika.
4. Bagi menyediakan sos : bancuh serbuk kari bersama air panas sehingga sebati dan tambahkan yogurt asli. Perisakan dengan garam secukup rasa.
5. Sedia dinikmati bersama jejari tempe...
No comments:
Post a Comment