KEK PISANG
▼
Thursday, January 12, 2017
KELEDEK GORENG RANGUP & SEDAP...
KELEDEK GORENG
sumber : hanamemories; (rangup, sedap ala-ala gerai)...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung beras
1 biji telur saiz kecil
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil air kapur (jangan terlebih nanti pahit)
1 cawan air
serbuk kunyit@pewarna kuning secukupnya
garam secukupnya
keledek@pisang secukupnya atau ikut pilihan yang disukai
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend/kisar lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk/bekas. Sementara itu panaskan minyak secukupnya untuk gorengan terendam.
3. Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan sedikit adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya minyak sudah cukup panas.
4. Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan tepung kemudian goreng sehingga keperangan.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan...
INFO : Adunan batter ni sesuai juga untuk : cempedak, keladi, makanan laut, dll..
sedapnyer...
ReplyDelete