KEK PISANG
▼
Tuesday, January 10, 2017
KUIH DADAR/KUIH KETAYAP...
KUIH DADAR/KUIH KETAYAP
Bahan Inti : (sumber : resipicikguani)..
1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja
3/4 cawan gula merah (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Cara-Cara :
1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali sekala sehingga airnya kering.
3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
4. Sejukkan inti sebelum digunakan.
Bahan Kulit : (sumber : Ilham Dapur)..
240 ml susu segar (saya guna susu cair)
125 ml air
120 gm tepung serbaguna
1 biji telur (saya guna gred A)
secubit garam
sedikit pewarna hijau/pes pandan
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan kulit ke dalam pengisar dan kisar sebati.
2. Panaskan kuali non-stick (saya guna kuali saiz 8 inci), sapu sedikit mentega, jika perlu sebelum masukkan adunan menggunakan api kecil.
3. Tuangkan 1 senduk kecil (saya menggunakan 1/4 cawan), pegang tangkai kuali dan pusing kuali biar menjadi bentuk bulat yang nipis. Masak sekejap dalam 1 minit, angkat dan buat sampai habis.
4. Isikan inti secukupnya dan gulung kemas.
5. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment