KEK PISANG
▼
Sunday, January 22, 2017
NASI TOMATO...
NASI TOMATO
sumber : Chef Hanieliza & Azlita Masam Manis...
Bahan-Bahan :
5 cawan beras - cuci bersih & toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan juga, saya tambahkan lagi 1/2 cawan)
Daun pandan disimpul atau daun sup dicincang
Bahan Tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi sehingga kuning dan naik bau. (Gunakan periuk rice cooker tu)..
2. Masukkan susu cair, tomato cincang, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak sepenuhnya.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tetapi jangan sampai hancur.
5. Boleh lah dihidang bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun...
Appreciating the persistence you put into your blog and the detailed information you provide. Keep up the good work.
ReplyDeleteplastic injection moulding malaysia
bekas biskut
plastic cup supplier malaysia