KEK PISANG
▼
Friday, January 13, 2017
PAVLOVA...
PAVLOVA
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
2 biji putih telur gred A, suhu bilik
115 gm gula kastor
1/2 sudu kecil jus lemon/cuka makan
1/2 sudu kecil tepung jagung
1-2 titik pewarna hijau (optional)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 140'C dan sediakan loyang yang telah di alas dengan baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih dulu kemudian masukkan jus lemon/cuka makan dan putar hingga menjadi berkrim kemudian baru masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 4-5 kali masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masukkan gula. Putar hingga menjadi bertanduk (maksudnya bila diangkat mata mixer, telur/meringue tidak jatuh, boleh berdiri macam tanduk gitu).
3. Masukkan tepung jagung dan pewarna, jika guna dan putar sikit iaitu sekali pusing biar sebati.
4. Tuangkan ke atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sedikit.
5. Bakar di dalam oven selama 35-40 minit. Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.
Lapisan Krim :
100 ml whipping cream UHT
2 sudu besar gula kastor
secubit garam
1/2 sudu kecil jus lemon
Buah-buahan segar secukupnya : strawberi/blueberi/kiwi dll secukupnya.
Cara-Cara :
Putar semua bahan hingga kental kemudian ratakan di atas pavlova yang telah sejuk dan taburkan buah-buahan segar secukupnya dan sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment