KEK PISANG
▼
Sunday, January 1, 2017
SAGU GULA MELAKA...
SAGU GULA MELAKA
sumber : Surianti Ramli...
Bahan A :
1 cawan sagu biji - dicuci bersih & toskan
3 cawan air
Pewarna pilihan
1 helai daun pandan
Cara-Cara :
Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan sagu biji. Kacau sehingga sagu biji menjadi kembang dan jernih. Masukkan beberapa titis pewarna pilihan, kacau rata. Angkat, sejukkan di dalam loyang atau acuan-acuan kecil.
Bahan B : (sirap gula melaka)
1 buku gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-Cara :
Didihkan kesemua bahan di atas sehingga gula larut dan sedikit likat. Angkat dan sejukkan.
Bahan C :
1 tin susu cair
sedikit jagung dalam tin *
sedikit kacang merah dalam tin * ( * sebagai hiasan, jika suka )
Cara Menghidang : Sendukkan sagu ke dalam mangkuk yang bersesuaian. Tuangkan sirap gula melaka dan susu cair. Hiaskan dengan jagung dan kacang merah dalam tin, jika suka. Letakkan ais batu untuk rasa yang sejuk dan nyaman...
No comments:
Post a Comment