KEK PISANG
▼
Tuesday, January 31, 2017
SERABAI & KUAH GULA MELAKA...
SERABAI & KUAH GULA MERAH
Bahan A :
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk *
1 cawan air * (* dikisar halus)
2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu teh yis kering Mauripan
Garam secukup rasa
Bahan Kuah Gula Merah :
1/2 cawan gula merah *
1/2 cawan gula pasir *
1/2 cawan air * (* dimasak sehingga pekat & tapiskan)
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
2 helai daun pandan - dikoyak & disimpul
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Panaskan santan sekadar suam sahaja.
2. Larutkan yis kering dalam santan suam. Kemudian kacau rata.
3. Campurkan semua bahan A sehingga sebati dan peram selama lebih kurang 2 jam.
4. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan sedikit dan masakkan sehingga adunan kelihatan berlubang. Gunakan api yang kecil.
5. Terbalikkan adunan dan masak lagi sehingga kelihatan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga habis adunan.
7. Masukkan semua bahan kuah gula merah ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
8. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment