KEK PISANG
▼
Sunday, January 15, 2017
TELUR MASAK PAPRIK...
TELUR MASAK PAPRIK
sumber : Majalah RASA Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
5 biji telur rebus - buang kulit
3 batang jagung muda - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris ikut citarasa
1 biji cili merah - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh sos tiram
1/2 biji capsicum hijau - hiris (saya guna cili hijau)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
3 gm tepung jagung
1 helai daun limau purut
sedikit air
minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan biarkan hingga lembut.
3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah mendidih dan memekat.
4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan sebati.
5. Sesuaikan rasa dan tutup api. Angkat dan sedia dinikmati...
No comments:
Post a Comment