KEK PISANG
▼
Friday, January 20, 2017
TRIFLE...
TRIFLE
sumber : google.com
Bahan-Bahan :
1 bungkus kek swiss-roll atau sebarang jenis kek butter
1 kotak agar-agar kristal (sebarang perisa) jenama NONA
1 tin fruit cocktail
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula pasir
3 cawan susu segar/susu cair
Cara-Cara :
1. Campurkan tepung kastad, gula pasir dan susu segar ke dalam periuk. Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan likat/pekat. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
2. Potongkan kek swiss roll (bulat) dan susunkan di dalam kaserol hingga penuh. (boleh juga guna bekas kecil atau ikut pilihan).
3. Ambil sedikit jus buah koktel dan tuangkan di atas ke swiss roll tadi.
4. Kemudian tuangkan adunan kastad di atas keseluruhan kek swiss roll hingga rata. Taburkan buah-buahan koktel (toskan airnya dulu) di atas kastad.
5. Bancuhkan dan masak agar-agar kristal mengikut arahan pada pek kotak dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.
No comments:
Post a Comment