KEK PISANG
▼
Monday, February 27, 2017
AYAM MASAK SERAI...
AYAM MASAK SERAI
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil
6 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
20 tangkai cili kering - dibuang biji & direbus
Cara Memasak :
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi bersama asam gelugur dan goreng lagi sehingga serai kering dan kuah kelihatan pecah minyak.
4. Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi minyak atau nasi putih.
INFO : Sekiranya serai belum cukup kering dan kuah tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment