KEK PISANG
▼
Thursday, February 2, 2017
DAGING LADA HITAM BERCILI...
DAGING LADA HITAM BERCILI
rujukan : Potret Kasih...
Bahan-Bahan :
200 gm daging lembu
1 labu bawang besar - hiris bulat
3 tangkai cili kering - digunting nipis-nipis
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 biji tomato - potong 6 (tak letak tiada stok, diganti dengan sedikit lada benggala merah)
sedikit minyak masak
Cara Memasak :
1. Masak daging hingga kering airnya di dalam kuali. Jika daging masih keras, tambahkan sedikit air dan masak semula hingga empuk.
2. Jika daging sudah empuk, masukkan 2 sudu makan minyak dan gorengkan seketika.
3. Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam daging tadi.
4. Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram serta kicap manis.
5. Tambahkan sedikit air kemudian masukkan buah tomato.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment