KEK PISANG
▼
Sunday, February 19, 2017
KEK PISANG PANDAN - MUDAH...
KEK PISANG PANDAN
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonate *
1 sudu teh baking powder * ( * disatukan & diayak bersama )
6-7 biji pisang emas (jika gunakan pisang saiz besar, kurangkan kepada 3 hingga 4 biji sahaja)
3 biji telur gred A
1 cawan gula pasir/gula kastor
1 cawan minyak masak
Pes pandan secukupnya
Esen pisang secukupnya
Cara-Cara :
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate dan baking powder ke dalam mangkuk besar.
2. Blender pisang, telur, gula pasir dan minyak masak hingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung gandum tadi.
3. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk dan bahagikan kepada 2 bekas sama rata. Satu bekas dimasukkan esen pisang dan satu bekas lagi dimasukkan pes pandan. Kacau sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi berselang-seli sehingga habis kedua-dua adunan (taburkan dengan sedikit badam cincang; jika suka) dan bakar pada suhu 160'C yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya. (Loyang hendak digris & dialas dengan kertas minyak).
No comments:
Post a Comment