KEK PISANG
▼
Monday, February 6, 2017
NASI AYAM PLANTAN...
NASI AYAM PLANTA
sumber : Pn. Hajah Sabariah@Buku Resipi Planta...
rujukan : Azlita Masam Manis...
Bahan Ayam :
1 ekor ayam - dipotong 10
3 sudu besar kicap pekat
1 senduk kecil kicap manis
1/2 senduk kecil gula
1 kiub pati ayam
3 sudu besar minyak bijan
3 biji bawang putih - dikisar
5 inci halia - dikisar
Cara-Cara :
Rebus ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih sehingga empuk. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk menanak nasi dan buat sup. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Lumurkan pada ayam yang telah direbus dan ditoskan tadi. Perapkan sekejap. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam tadi.
TIPS : Bahan perapan ayam jangan dibuang, sebaiknya dimasak sehingga pekat kemudian tuangkan di atas ayam yang digoreng. Untuk sup, tambah 1/2 kiub pati ayam, 1 batang serai - dititik dan masak hingga mendidih seketika. Sesuaikan rasa. Taburkan dengan hirisan daun sup & daun bawang dan bawang goreng ketika dihidang...
Bahan Nasi :
4 cawan beras - cuci bersih & toskan
Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi (saya guna 5 cawan)
1 senduk kecil Planta
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
Masukkan Planta ke dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan-bahan untuk menanak nasi. Masukkan air rebusan ayam dan beras, gaul sebati. Alihkan ke dalam periuk nasi letrik dan tanak nasi seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
Bahan Sos Cili :
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
6 biji cili merah - dikisar
2 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
3 sudu besar Planta
Garam & gula secukup rasa
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan untuk membuat sos. Masak di atas api dan kacau. Bila dah 3/4 masak, masukkan 3 sudu besar Planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bahan Sos Kicap :
1 sudu besar Planta
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 senduk kecil kicap manis
3 biji cili padi - dihiris
Cara-Cara :
Tumiskan semua bahan sos kicap dengan Planta hingga harum. Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan. Masak sehingga sedikit likat dan tutup api.
No comments:
Post a Comment