KEK PISANG
▼
Thursday, February 2, 2017
PULUT KUNING...
PULUT KUNING
rujukan : Citarasawan...
Bahan-Bahan :
500 gm beras pulut susu
1 keping asam gelugur
2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan - disimpul
200 ml santan pekat
200 ml air
1 1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Cuci beras pulut kemudian direndam semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Kemudian toskan beras pulut, ketepikan/keluarkan asam gelugur dan kukus beras pulut dengan daun pandan kira-kira selama 30 minit atau sehingga 3/4 masak.
3. Angkat pulut letakkan di dalam mangkuk besar.
4. Gaulkan santan dan garam dan kacau bersama pulut tadi.
5. Kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
RESIPI PULUT KUNING
rujukan : Teratak Mutiara Kasih@LinaPg...
Bahan-Bahan :
5 cawan beras pulut
1 keping asam gelugur@asam keping
2 sudu teh serbuk kunyit
3 cawan santan pekat
Garam & gula secukupnya
Cara-Cara :
1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.
2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping. Gaulkan supaya beras pulut rata dengan warna kuning. Rendam semalaman.
3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jangan pula dikukus dengan asam keping sekali pulak...).
4. Sementara itu panaskan pengukus. Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dengan daun pisang (tutup lubang pengukus sedikit - nanti bolos abes beras pulut tu pula).
5. Kukus beras pulut (pastikan air pengukus sudah mendidih dulu) selama 20 minit (beras separuh masak).
6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap di atas api hingga naik wap. JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MINYAK. Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
7. Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati. Buat sehingga santan habis. Selepas ini kita akan nampak pulut macam basah-basah gitu. Proses ini dipanggil ARUN.
8. Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang. Biarkan sekejap (dalam 8-10 minit) supaya pulut sebati dengan santan.
9. Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus selama 20-30 minit (hingga pulut kuning betul-betul masak).
NOTA : Tujuan meletakkan asam keping supaya pulut kuning akan cantik & berkilat...
Sedap ni...
ReplyDelete