KEK PISANG

Friday, March 31, 2017

JAM DOUGHNUT MUFFINS...











JAM DOUGHNUT MUFFINS
adapted from :    anncoojournal.com




Ingredients :   (makes :  6 pcs)

1/2  cup  fresh milk  (100 ml)
5  tbsp  corn or vegetable oil
1  large  egg
1/2  tsp  vanilla extract
1 1/3  cups  self-raising flour, sifted  (160 gm)
1/3  cup  caster sugar  (65 gm)
1/8  tsp  strawberry jam or jam of your choice
1/2  cup  melted butter  (used only 50 gm)
1/2  cup  caster sugar


Directions :

1.  Preheat oven to 375'F/190'C.  Grease the mini muffin pan with oil or butter.

2.  In a bowl, beat together milk, oil, egg and vanilla extract with a hand whisk.  Dump in the flour and 1/3 cup sugar and roughly fold the mixture to just combined.  The lumps don't matter as this will make the muffin soft.

3.  Spoon the mixture into each pan hole to half full.  Then add a heapful 1/8 teaspoons strawberry jam, then top with more muffin mix so that the cases are just about full.

4.  Put them in the preheated oven and bake for about 18-20 minutes or until the tops have puffed up into little toadstools. 

5.  Meanwhile, melt the butter and lay the 1/2 cup sugar out in a wide shallow bowl or plate.

6.  As soon as the muffins are ready, remove them from the pan.  Dip them in the melted butter and then in the sugar.  Serve warm.

Thursday, March 30, 2017

TAUHU LEMBUT KUKUS...










TAUHU LEMBUT KUKUS
BERSOS TAUCHO
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-bahan :

1  biji  tauhu lembut  (boleh didapati di pasaraya, berisi dalam paket berukuran 4 segi)
3  camca besar  isi ayam yang telah dicincang  (saya guna daging yang dicincang)
1/2  biji  bawang holland, saiz sederhana
1  ulas  bawang putih  -  cincang halus
1  hirisan nipis  halia  -  cincang halus
1  camca besar  taucho
1  camca besar  sos tiram
1  camca besar  kicap lemak manis
1/3  cawan  air
1/4  camca teh  serbuk lada sulah
Hirisan daun bawang  -  untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil  -  untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Tauhu dikeluarkan dari kotak (berhati-hati kerana tauhu agak lembut) dan letakkan di dalam pinggan tahan panas, potong tauhu tadi kepada 6 bahagian, tidak perlu diasingkan biarkan di dalam bentuk asal, cuma potong sahaja.  Kemudian kukus selama 10 minit.  Sementara itu kita buat sosnya.

2.  Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumiskan bawang putih, halia dan bawang holland sehingga layu.  Masukkan tauco, sos tiram dan isi ayam.  Kacau rata dan masak sekejap.  Tuangkan air, kacau dan biarkan mendidih.  Masukkan kicap lemak manis dan lada sulah.  Kacau dan masak dengan api kecil sehingga pekat.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.

3.  Keluarkan tauhu lembut dari kukusan, buangkan air yang bertakung dalam bekas berisi tauhu tadi dengan berhati-hati.  Kemudian curahkan no. 2 (sos) ke atas tauhu tadi, ratakan.  Taburkan hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.  Hidangkan segera bersama nasi putih.  Sedap dimakan ketika panas...

IKAN CENCARU BAKAR...











IKAN CENCARU BAKAR 
BERSAMA SAMBAL KICAP




Bahan-bahan :

3  ekor  ikan cencaru  (boleh juga guna ikan lain seperti kembung, pari dll.)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

     Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.  Sediakan pemanggang ajaib, pan non-stick atau bakar di dalam oven.  Bakar sehingga ikan masak.  (Jika suka, alaskan dasar pemanggnag ajaib dengan daun pisang untuk aroma yang harum  ketika membakar ikan tadi).


Sambal Kicap :

1  biji  cili merah  -  hiris
8  biji  cili padi hijau  -  hiris
1  labu  bawang besar merah  -  hiris kasar
1  biji  limau nipis  -  perah & ambil jusnya
Kicap lemak manis secukupnya
Garam & gula secukupnya


Cara Penyediaan :

     Hiris bawang besar, cili merah dan cili padi.  Tuangkan kicap lemak manis secukupnya di dalam mangkuk dan tambahkan perahan air limau nipis.  Kacau rata.  Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga semua larut dan sebati.  Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi.  Sesuaikan rasanya.  Jika sudah cukup rasanya, hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi...

PUDING KARAMEL BERKEJU...










PUDING KARAMEL BERKEJU
rujukan :    Myresipi.com@Norhayani Mohd Nor...




Bahan-bahan :  (Hidangan untuk 4 orang)

180  gm  krim keju
70  gm  gula pasir
1  biji  telur kuning  (saya guna gred B)
3  biji  telur
450  gm  susu segar
1  sudu besar  jus lemon


Sos Karamel :

70  gm  gula pasir
2  sudu kecil  air
2  sudu besar  air suam


Cara-Cara :

1.  Penyediaan sos karamel :  Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.  Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.  Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.

2.  Pukul krim keju dengan gula sehingga sebati.  Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.  (Tidak perlu kembang).

3.  Panaskan susu sehingga hampir mendidih.  Kemudian tuangkan ke dalam no. 2 tadi sambil dikacau dengan menggunakkan whisk.  Kacau sehingga sebati.

4.  Tuangkan adunan puding ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.  Alaskan acuan dengan bekas lain yang berisi air panas.  Bakar menggunakan teknik 'water-bath' pada suhu 160'C selama 40-45 minit.

5.  Sejukkan sebelum dihidang.  Sedap dinikmati bersama buah-buahan dalam tin atau boleh juga dinikmati bersama aiskrim perisa vanilla...

BREAD CRACKERS...










BREAD CRACKERS
adapted from :    MyKitchen101en...




Ingredients :

Bread
Butter or Margarine
Coarse sugar


Directions :

1. Spread butter or margarine on bread, sprinkle with generous amount of coarse sugar.

2.  Cut into smaller piece for easy storing when done.

3.  Bake in a 110'C oven for 1 hour and 30 minutes or until crisp.  Bake at 130'C if you prefer golden brown bread crackers.  Baking time may vary, adjust accordingly.

4.  Dunking bread crackers in hot coffee or tea is one way to enjoy them!!!


INFO :  Baking time may vary, fresher bread takes longer time to dry out, adjust accordingly.  For extra crispy cracker, bake longer at a lower temperature...

MANGO LASSI...










MANGO LASSI
source from :    Pop Sugar@Youtube...




Ingredients :  (makes :  1 drink)

1  mango  (about 1 cup), peeled and coarsely chopped
1  cup  plain yogurt
1/3  cup  fresh milk
1  tbsp  honey, or to taste
Scant pinch of salt
Pinch of freshly ground cardamom (optional), for garnish


Directions :

1.  Blend together the mango, yogurt, milk, honey and salt until smooth.  Taste and adjust with extra honey or salt.

2.  If your mango is particularly fibrous, strain the lassi through a fine-mesh strainer; otherwise pour into a glass, and sprinkle with cardamom if using..

Wednesday, March 29, 2017

GULAI TERUNG KAMPUNG...










GULAI TERUNG KAMPUNG
rujukan :     daridapurkecah...




Bahan-bahan :

5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
Rempah 4 sekawan  (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)
1  paket  serbuk rempah kari BABAS atau Cap lain pun boleh)
1  kotak  santan
4-5  biji  terung bulat; dipotong 2  (saya guna terung kampung bulat)
1/2  cawan  air
2  sudu besar  cili kisar
Sedikit nisan  (tak letak guna gula biasa jer)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Kisarkan bahagian yang bertanda (*).  Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.  Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahagian lagi dicampurkan dalam serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.  Selepas itu masukkan 2 sudu besar cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau/tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.

3.  Kemudian masukkan air dan juga santan.  Apabila telah mendidih, masukkan terung.  Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih).

4.  Masukkan nisan (jika ada) atau gula biasa jer dan juga garam secukup rasa.  Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

AYAM GORENG BEREMPAH...










AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
rujukan :    ciktemah.blogspot...




Bahan-bahan :  (untuk 3-4 orang makan)

500  gm  ayam  -  potong kecil  (saya guna 1/2 ekor di potong kecil)
1  kiub  pati ayam  -  hancurkan
Garam secukupnya


Bahan kisar :

2  sudu makan  ketumbar biji
1  sudu kecil  jintan manis
2  batang  serai  -  dipotong
3  cm  halia


Cara Memasak :

     Perapkan ayam dengan kesemua bahan di atas selama 30 minit atau lebih jika suka.  Kemudian goreng ayam yang diperap tadi sehingga garing dan kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.  Sedia untuk dihidangkan...

Tuesday, March 28, 2017

APPLE FRITTERS...











APPLE FRITTERS
adapted from :    The Pioneer Woman; (so delicious)..




Fritters :

2  cups  all-purpose flour
1/2  cup + extra 3 tbsp  sugar
2 1/4  tsp  baking powder
1 1/4  tsp  salt
2  tsp  ground cinnamon
2  whole large  eggs
3/4  cups  whole milk
2  tsp  vanilla extract
2  tbsp  melted butter
2  whole Granny Smith Apples  -  peeled and diced
Powdered sugar  (optional, for dusting)


Glaze :  (optional)

1 1/2  cup  powdered sugar
1/4  tsp  salt
1/4  tsp  vanilla extract
1/4  cup  milk


Directions :

1.  In a mixing bowl, combine flour, sugar, baking powder, cinnamon and salt.

2.  In a separate bowl, beat the eggs with a fork, then add milk, melted butter and vanilla extract.

3.  Gently fold dry and wet ingredients together until just combined (do not overmix).  Fold in apples.  Add enough apples to make a very chunky batter.  You want the apples to shine though!!

4.  Heat a couple of inches of canola oil over medium to medium-low heat.  When it gets hot, drop a little drop of batter into the oil.  If it sizzles immediately and rises to the top, the oil is ready; if it burns quickly, turn down the heat.

5.  Drop teaspoons of batter into the hot oil, six or eight at a time.  Sometimes they'll flip over by themselves; sometimes you have to flip them.  Just watch them and make sure they don't get too brown, but cook them long enough to make sure the batter's cooked through, about 2 to 2 1/2 minutes total.

6.  Remove and drain on a paper towel.  Dust very generously with powdered sugar, or dip fritters in a light doughnut glaze (mix all glaze ingredients together, then dunk warm fritters).  Serve warm.


NOTE :   May be heated up the next day in a 350'F oven for 8 minutes...

Monday, March 27, 2017

IKAN MASAK SAMBAL HIJAU...










IKAN MASAK SAMBAL HIJAU
rujukan  :    Ilham Dapur...




Bahan-bahan :

1  ekor  ikan pilihan  (saya guna 8 ekor ikan sardin)
1/2  labu  bawang besar bombay  -  hiris nipis  (saya 1 biji saiz sederhana)
2  ulas  bawang putih  -  hiris nipis
4-5  biji  cili hijau
3  biji  cili padi hijau  -  lebihkan jika suka pedas
1  biji  tomato  -  belah 4/6
3  helai  daun limau purut
1/4  cawan  minyak sayur
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Cuci ikan dengan air asam jawa, toskan.
2.  Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, goreng seperti biasa biar sedikit garing di kedua-dua bahagian, angkat dan ketepikan.
3.  Panaskan 1/4 cawan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar biar sedikit perang, toskan.
4.  Dengan pengisar kering, kisarkan semua cili dan bawang yang digoreng tadi biar hancur sedikit.
5.  Panaskan balik minyak goreng bawang tadi, masukkan bahan kisar, daun limau purut, bahan perasa dan masak seketika biar sambal masak.
6.  Tambah sedikit air jika perlu, masukkan tomato dan masak sekejap lagi biarkan sedikit kering.
7.  Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi dan sedia dihidangkan bersama nasi putih...