KEK PISANG
▼
Thursday, March 30, 2017
PUDING KARAMEL BERKEJU...
PUDING KARAMEL BERKEJU
rujukan : Myresipi.com@Norhayani Mohd Nor...
Bahan-bahan : (Hidangan untuk 4 orang)
180 gm krim keju
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning (saya guna gred B)
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon
Sos Karamel :
70 gm gula pasir
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
Cara-Cara :
1. Penyediaan sos karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.
2. Pukul krim keju dengan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. (Tidak perlu kembang).
3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam no. 2 tadi sambil dikacau dengan menggunakkan whisk. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan puding ke dalam acuan yang berisi karamel tadi. Alaskan acuan dengan bekas lain yang berisi air panas. Bakar menggunakan teknik 'water-bath' pada suhu 160'C selama 40-45 minit.
5. Sejukkan sebelum dihidang. Sedap dinikmati bersama buah-buahan dalam tin atau boleh juga dinikmati bersama aiskrim perisa vanilla...
tengok pun dh kecur air liur...
ReplyDelete