KEK PISANG
▼
Tuesday, March 14, 2017
AYAM MASAK LADA HITAM...
AYAM MASAK LADA HITAM
Bahan-Bahan :
4 ketul ayam - dipotong kecil jika suka
1 labu bawang besar - hiris kasar
4 tangkai cili kering - dipotong/gunting kasar
2 sudu besar kicap
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 inci halia - dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula & garam atau secukupnya
Cara Memasak :
1. Perapkan ayam seketika (dalam 5 minit) bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Dalam sebuah bekas, campurkan sos tiram, kicap, lada hitam, gula dan garam, gaul sebati.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna, masukkan cili kering, halia, bawang besar dan bawang putih. Teruskan memasak beberapa minit lagi. Masukkan pula sos yang dibancuh tadi.
4. Masukkan air jika perlu, teruskan memasak lagi dalam 1 minit, sesuaikan rasanya dan tutup api dapur. Hidangkan...
terliur sgt...
ReplyDelete