KEK PISANG
▼
Friday, March 10, 2017
SAMBAL AYAM...
SAMBAL AYAM
Bahan-Bahan :
500 gm ayam (atau 1/2 ekor ayam)
2 tangkai serai - ketuk
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji terung ungu panjang - dipotong & digoreng seketika hingga lembut
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1/2 cawan minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Untuk Sambal : (dikisar/ditumbuk)
15 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga ayam agak garing. Angkat dan toskan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan untuk sambal dan serai sehingga garing.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, bawang besar, terung yang digoreng dan tomato, kacau sebati.
5. Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment